Thursday, November 10, 2011

Sakit Tekak

Masih sakit tekak, ini (11.11.11) sudah masuk hari ke-5, kalau seminggu aku tak sembuh -harus refer specialists ENT.

Sakit tekak ni pernah kena diagnosed dulu - mula2 memang macam sakit tekak normal ; tekak kering, rasa pahit etc and then sakit, suara mula takde, susah nak telan - conclusion tak sedap badan.

Selepas makan ubat klinik rakyat kasik termasuk ubat batuk (walaupun aku tak yakin kemujarabannya) hari kedua, aku demam. badan seram sejuk. suara totally takde. sampai kalau nak cakap kena berbisik. Yang best anak aku pun akan bisik balik kalau cakap dengan mami dia ni...dia ingat mami dia main-main bisik plak..how cute that is kan.

Then, on the third day - demam baik, suara ada balik walaupun bukan tahap kemerduan yang biasa - kiranya tahap suara contestants karaoke jambanlah...bolehlah nyanyi tapi ke laut - lepas tu kalau cakap je sepatah dua - akan batuk.

Yang baik daripada musibah ini : suasana rumah agak tenang sedikit, aku kurang leter ngan anak aku, balik hub pun aku takde bagik satu jam buletin - segala hapdets aku kasik berita terkini jeks gitew. short and sweet. walaupun suara garau.

Pastu hari keempat, kotak suara semakin pulih. Tapi hari ini aku da rasakan yang sakit tekak aku bukan sebenarnya sakit tekak normal - punca sakit tekak aku adalah kerana resdung aku.

Aku pernah lalui sakit macam ini. aku akan batuk dan batuk dan batuk - tapi macam batuk kering , batuk kosong, batuk tak lepas gitu. Cakap skit batuk. Telan air liur akan buat aku nak batuk dan berdehem je mesti aku akan batuk sebab rasa macam lendir je kerongkong.

Dulu, seorang doktor panel aku pernah diagnose sakit aku berpunca sebab resdung. Kata dia, ada mucus dari hidung aku yang tak lepas (as in nak bersin tak keluar, nak telan pun tak lepas - so mucus tu dripping kat tekak membuat tekak gatal dan aku akan batuk-batuk) . Itu teori dia. Jadi menurut dia, aku tak payah susah makan ubat batuk, cause that won't work. Equally dia tak kasik ubat selesema sebab aku bukan flu tapi sinus - so dia kasik benda spray idung tu. (but i hate that thing cos that never really work for me)

Kemudian, kepada 3 doktor panel aku yang aku selalu pergi - sepakat (bukan hari yang sama lah kan, on different visit) yang membuatkan aku batuk ialah kerana aku batuklah tapi batuk aku membuatkan aku asthmatic. Peringkat awal asthma. So dia refer hospital, dan aku pernah lalui ujian asthmatic - yang tarik nafas dalam tabung ada bebuli tu - so aku tak lepas tarik nafas - verdict: aku ada asthma, katanya.

Tapi aku bukan asthma yang biasa menurut mereka. Asthma aku come and go. As such i don't really need to depend on inhaler.

-------------------------itu semua dulu punya diagnose. Apa2pun, sekarang aku tak rasa both batuk biasa or luar biasa. Yang aku tahu aku batuk, and semakin kerap and semakin teruk, dan tiap kali batuk -dada aku sakit. Nafas aku kuat. Rasa hidung memang sumbat. Nak telan mucus tu tak dapat, nak bersin pun payah (aku trauma bersin2 paksa ni sejak tabiat bersin ni 'memakan' telinga kanan aku)

adoiyai...banyaknya penyakit. CUMA yang risau batuk ni, sebab tak pernah kalau aku batuk, hub pun akan batuk-batuk - so dia pun kena jugak (atau terjangkit?)

harap bukan serius macam tibi.

Takut jugak. takut mati. dosa banyak, pahala ciput. Usia muda lagi. Cita-cita tinggi. Impian banyak tak tercapai. Harapan menggunung bak everest.

Orang kata sakit-sakit ni penghapus dosa-dosa kecil. kalau begitu, maka sudah terhapuskah dosa aku?

Namun aku pasti ini semua memang kehendak dariNya - peringatanNYA kepada aku yang selalu alpa.......

No comments: