Thursday, November 24, 2011

Ikut resmi padi

Status: Masih lagi bergelumang dengan segala jurnal yang berbaki baik dalam bentuk 'soft copies' mahupun yang sudah dicetak.

Dan semakin aku leka menelaah jurnal-jurnal tersebut, semakin aku rasa ada lagi ruang yang boleh/harus aku cari maklumat supaya 'ilmu' aku cukup untuk menulis/mengolah ayat-ayat aku dalam disertasi aku.

Tapi ianya adalah satu fakta - 'ilmu' tidak akan cukup kerana ilmu itu terlalu luas, dan apa yang kita tahu/merungkai dalam sisa kehidupan ini sememangnya hanya 'setitik' daripada 'lautan ilmu' milik Allah.

Tak terenang kita dalam lautan itu. Tak terkejar aku 'memuat-turun' ilmu-ilmu bahkan bukan semua, yang aku rasakan perlu juga tak mampu aku usaikan.

Begitu kerdil pengetahuan kita bergelar manusia.

Nah, tak hairan, kenapa kerap kita mendengar ungkapan "belajarlah hingga ke negara China" - belajar dan belajar dan belajar....kerana ilmu itu tidak akan habis, tidak akan terhenti biarpun sudah ke peringkat PhD. sekalipun.

Begitu besarnya ilmu itu, begitu sekali relatifnya kepentingan ilmu. Maka, nescaya rugi bagi mereka yang hanya 'berilmu' setakat Diploma? Degree?

Tidak. ilmu tidak akan putus.

Tidaklah pula aku katakan yang 'berilmu' setakat peringkat tertentu itu jahil, buta hati kepada ilmu.

Kepada mereka mungkin ada sebab munasabab tersendiri untuk tidak terus menimba ilmu.

Malah, bentuk ilmu itu juga tidak ku katakan termaktub dalam terjemahan perlu ke menara gading semata-mata.

Tidak juga hanya terjurus untuk ilmu ukhrawi semata-mata.

Maka, kedua-duanya harus seiring; turut diseimbangi, dikejari, dikuatkan, didalami, ditunjangi, diaplikasikan. Semua manusia tahu, semuanya sedar.

Namun, tak ramai yang lakukan kerana antara sedar dan buat adalah dua perkara yang amat berbeza yang mana buat lebih menuntut kekuatan rohaniah dan displin diri.

Belajar itu menuntut displin diri..yang tinggi.

Aku? masih rendah...amat rapuh displin itu...serapuh semangat aku sekarang.

Apa-apapun yang ingin aku catitkan kali ini betapa aku kagum terhadap seorang hamba Allah yang mana pada pandangan-Nya hanya khalifah Allah seperti kita semua; namun barangkali status sosial beliau di alam ini - ada perbezaannya, lebih tinggi mungkin setidak-tidaknya lebih daripada kalangan orang-orang biasa.

Kepada beliau ini, seorang personaliti yang dikagumi. Sudah dikenali ramai. Mempunyai pangkat dan gelaran. Melalui banyak pengalaman hidup. Pernah memegang jawatan-jawatan penting.

Ya, beliau yang saya maksudkan adalah seorang yang penting dan signifikan dalam ruang sosio-politik kita.

NAMUN beliau mengikut resmi padi, "semakin berisi, semakin tunduk menyembah bumi".

Untuk Datuk R, saya amat hargai bantuan Datuk; pendapat dan input Datuk berikan kepada saya untuk penulisan disertasi meskipun saya sekadar seorang pelajar tanpa kepentingan dan tidak pernah mengenali beliau secara peribadi atau formal; amat saya hargai.

Saya kagum dan sungguh terharu mendapat maklum balas sedemikian daripada seseorang yang mempunyai status sosial yang tinggi juga setinggi ilmu di dadanya.

Semoga Allah berikan kembali kepada Datuk itu lebih lagi ilmu didunia kerana sifatnya yang tidak lokek membantu insan lain.

No comments: