Tuesday, August 2, 2011

Namakemono Desu

Salam.

"namakemono" tiada kaitan dengan perihal nama. Adapun "namakemono" bahasa jepun yang bermaksud "suka tangguh kerja" atau dalam bahasa inggeris "procrastinator".

2. Aku mendapat jolokan itu daripada pensyarah jepun aku ketika di Universiti Bunkyo Gakuin, Tokyo suatu ketika dahulu.

3. Tiada gambaran yang lebih tepat untuk menterjemahkan keadaan aku sekarang yang semakin lama semakin "lemas" dalam keserabutan untuk menyiapkan penulisan tesis aku yang sudah tersangkut, terperuk untuk beberapa minggu setelah meraikan 'kegembiraan' menyiapkan satu bahagian dalam masa kurang sebulan.

4. Masa, masa itu "musuh' aku sekarang. Anak, perihal keibuan dan segala macam yang bersangkut paut tentang keluarga itu cabaran terhebat aku dalam menyiapkan kerja yang satu ini.

5. DAN, wang, wang biasiswa aku yang akan 'tamat tempoh' hujung tahun ini - penentu 'kestabilan' yang aku ada sekarang dan status quo itu bisa berubah sekiranya aku tidak berjaya menyelesaikan segala urusan dalam tempoh yang ditetapkan.

6. AKU bukan wanita super, mahu bukan 'SuperMak' seperti watak Nasha Aziz dalam satu sinetron baru di tv.

7. AKU ingin jadi wanita super ketika ini.

8. TAPI setiap kali aku cuba bangkit dan berada dalam 'zon' penulisan aku, aku akan selalu 'diganggu' dengan perihal membabitkan tanggungjawab aku sebagai ibu.

9. YA, anak aku masih kecil, bukan boleh aku kata 'tidak' kepadanya. Bukan boleh aku tinggalkannya, biarkannya, tidak endahkan kemahuannya.

10. AKU tak berdaya. AKU cuba. AKU sudah cuba...

11. JADI, untuk tidak 'merosakkan' pemikiran aku tentang keserabutan aku ini, aku hanya akan berserah kepada yang MAHA ESA, aku sudah cuba, aku buat apa yang termampu dan aku akan terus usaha sehingga usai semuanya.

12. Oleh itu, sebagai 'jaring keselamatan' untuk perihak kewangan, fokus aku kini untuk mencari pekerjaan bagi 'menampung' kehidupan aku pasca-biasiswa sementara aku akan cuba habiskan sisa-sisa penulisan dalam satu tempoh yang aku lihat setidak-tidaknya sehingga Mac 2012.

No comments: