Saturday, December 27, 2014

Kebangkitan Melayu, Renaisans Melayu

Meminjam daripada perkataan Perancis "renaissance" - back + birth = rebirth, renewal iaitu kelahiran semula, yang berakar dalam sejarah Eropah kurun ke-14, yang mana berlaku peralihan zaman daripada zaman "kegelapan" atau "the dark ages" yang dipenuhi kemiskinan dan serba-serbi kemunduran hinggalah berlaku kebangkitan semula masyarakat "enlightenment" yang mana kecintaan kepada ilmu, kesenian, sains dan ilmu hisab mula mengambil alih ruang pemikiran masyarakat zaman tersebut - berlaku anjakan paradigma dan kemajuan terus dikecapi secara berperingkat. Apapun, kata kuncinya di sini adalah - ILMU.

Apabila renaisans itu di gunapakai dalam konteks "Melayu" dan ia diseru dalam peringkat nasional, apakah maksud tersiratnya di situ?

Adakah Melayu itu sudah terkebelakang dan alpa dalam kemundurannya sendiri sehingga Melayu itu pada rohnya perlu digoncang supaya "bangkit" semula, mengambil peranan dan hak nya seperti selayaknya atau Melayu itu memang sudah sedar namun masih lagi merangkak dalam proses pengembangannya untuk maju ke hadapan.

Justeru ada keperluan semboyan "bangkit Melayu" kadangkala secara interval perlu dibunyikan agar seraya Melayu itu sentiasa waspada perjalanan mereka masih jauh dan beronak duri untuk ia duduk dalam satu zaman yang dikatakan "madani", maju, civilised serba-serbi terkehadapan dan matang.

Aku lebih suka mengambil idea yang kedua itu.

isu kepada entri sebenarnya bukan ingin mengupas isu seberat ini, mahupun secara pseudo cubaan-cubaan sedemikian. tahap intelek aku belum mencapai standard piawaian para sarjana yang jauh lebih mahir dalam bab ini.

Pokoknya, aku hanya terfikir kerana keadaan yang aku hadapi sekarang memaksa aku untuk menjejakkan kaki ke dalam isu ini...sungguhpun begitu, masih SANGAT JAUH untuk aku mendalaminya sedangkan aku juga adalah MELAYU secara literal dan definisi mengikut perlembagaan persekutuan mahupun secara batin dan zahir, dna itu memang darah Melayu, asal daripada bumi Sumatera.

yang menjadi persoalan di benakku: adakah mungkin kuasa politik yang masih lagi dinikmati Melayu kini akan terus menjadi miliknya dalam tempoh 10 tahun akan datang? Kerana selain aspek ekonomi hanya ini sahaja benteng yang masih mutlak kuasa majoritinya kepada Melayu - the last frontier, tanpanya nescaya Melayu akan "pupus' dan tergadai di bumi sendiri.

Satu senario yang agak menakutkan namun tidak mustahil untuk berlaku. Ia pernah berlaku di beberapa tempat yang lain seperti (ye sangat cliche) Singapura dan Selatan Thai, adakah situasi itu akan tercipta di sini kelak?

wallahu'alam.

Untuk bacaan lanjut, klik ke blog Tan Sri Sanusi Junid

No comments: