Friday, March 18, 2011

blue eyes boy that got.....AWAY or more fitting, screwed at..

TETIBA aku baru mendapat berita yang taktau nak kategorikan sebagai gembira ke duka ke...but one thing for sure, it had quite an effect on me..the feelings a bit unknown..tapi aku konfem bukan gembira bila aku dapat tahu seseorang bernama NS telah dikurniakan anak (post ini terpaksa ditulis dalam bm sbb manalah tahu NS baca, dia tak paham bm ..)

NS..aku patutnya rasa happy untuk kau, tapi aku tak rasa pun macam tu..takdelah happy sangat..tapi aku tahu kau happy, bila tengok gambar-gambar terbaru kau tu bersama kurniaan Allah yang diberikan nama Yusuf.

MMG cantik nama tu, secantik bayi yang dilahirkan. Berkulit putih, dan mewarisi sepasang mata biru NS.

MATA BIRU? ye NS bukan melayu. Mahupun bukan Malaysian. Tapi NS seorang MUSLIM. malah lebih muslim daripada aku..

KEPADA NS, jauh disudut hati aku doakan terbaik buat kau. NS was indeed what i would considered, the one that got away..but i was the one that made NS got away, i screwed that chance..

YES silly me i know, anyone else would jump in joy knowing a 'mata biru' wanted your hands in matrimony, tapi aku TIDAK semudah ini biarpun si mata biru satu ini mahu ke tahap the 'big next step' dengan aku.

TAPI aku tetap turn NS down, bukan sebab dia tak kacak (actually NS tergolong dalam kategori si mata biru yang sangat kacak, malah jadi gilaan ramai pompuan, sehinggakan aku rasa seperti tak sepadan, lalu rasa rendah diri);

MALAH bukan juga kerana agama (NS bukan seperti kebanyakkan si mata biru yang perlu meng-convertkan diri sekiranya melangkah ke 'big next step' kerana si mata biru NS yang satu ini sudah lama mengislamkan dirinya sejak berusia 16 tahun)...

TETAPI aku tolak NS kerana entahlah, mungkin aku bodoh dan takut aku tak mampu menjadi seorang muslim yang baik untuk NS yang amat-amat pada pandangan aku telah 'disucikan' Allah dengan hidayahNya...atau mungkin sememangnya aku NAK melayu jugak! senang makan masak lomak cili api dan bukan pizza cheese hari-hari...atau mungkin sebab aku takut dengan idea yang NS mahu bawak aku berhijrah jauh ke bumi amerika selepas that next big step..

YANG bestnya, aku memang yang meng-screw-up-kan apa sahaja kategori perhubungan yang NS dan aku ada masa itu.

SUDAHLAH jarak jauh (tapi awas bukan perkenalan alam maya..semuanya bermula di satu kedai merchandise dan aku diberikan salam oleh si NS membuatkan aku terkejut beruk sebab dia berpakaian ala-ala artis R&B amerika bersama rakannya yang gaya seperti ahli band POD dengan dreadlocks) tapi NS tetap ingin mengenali aku dan hubungan itu bertukar PJJ, dengan balasan emel panjang lebar setiap hari ..kemudian satu hari aku biarkan NS begitu sahaja, dan 'lari' sehinggakan suatu hari NS 'jumpa' aku di satu laman sosial dengan gambar-gambar perkahwinan aku sudah dimuat-naikkan.

NS mengirim satu emel untuk mengesahkan hal itu. Satu emel yang agak, direct dan berbaur kecewa namun NS doakan terbaik buat aku.

TAK lama selepas itu, NS khabarkan dia pula akan menjejaki langkah yang sama seperti aku- 'the big next step' dengan seorang XX berbangsa Afrika yang hanya dikenali NS selama 6 bulan!

KATA NS dalam emel itu, dia tak pun bercinta dengan XX (kini isteri NS yang sah) malah selama tempoh perkenalan, NS hanya keluar (dating) dua kali dengan XX!

KETIKA itu aku rasa memang aku telah kecewakan NS..dan apa yang NS rasa terhadapkan aku adalah genuine.

TAPI aku telah buat keputusan masa itu.. dan aku pilih XY bernama R sebagai suamiku...aku yakin R jodohku dan dia sememang sangat baik terhadap aku...AKU SAYANG R sangat-sangat, semestinya...

KINI kami sudah pun memasuki tahun ke-3 perkahwinan dan mempunyai seorang anak perempuan...biarpun tiada seorang daripada suami dan anak bermata biru (takpe kalau kemaruk sangat nanti anak aku besar, aku suruh pakai contact lens) aku berharap apa yang dibina berkekalan selamanya dan paling penting..bahagia.

BUKAN niat aku mengenang2kan NS. tahlah, selama aku sudah berkahwin kali terakhir kami berbalas emel dalam setahun lepas.

NS sekadar bertanya khabar sesama sendiri. Dan NS setiap kali tiba harijadi aku (setakat ini) tidak lupa mengucapkan tahniah (kerana tarikh lahir kami hanya beza 3 hari dalam bulan yang sama, mungkin kerana itu mudah ingat.. (tapi itu bukan big deal, aku sehingga hari ini boleh namakan beberapa orang yang tarikh lahir sama bulan dengan aku - aku ingat tarikh-tarikh itu HANYA sebab kawan-kawan yang dimaksudkan sama bulan dengan aku, itu je)

MEMANG tiada perasaan lagi antara aku dan NS...

Malah istilah kawan pun mungkin tak sesuai ntahlah walaupun aku masih nak kekalkan sebagai kawan yelah kita tak tahu manalah tahu satu hari nanti aku perlukan bantuan dia sekiranya menjejakkan kaki di bumi asing penuh si mata biru itu..

DAN DONT GET ME WRONG, tulisan di sini bukan aku dok teringat ke kat NS .. TETAPI seperti awal perenggan di atas, aku jadi DI-INGATKAN bila terpandang update dia dalam satu laman sosial.

NS, kini satu kenangan yang tersendiri...

TAPI manalah tahu suatu hari nanti, anak aku hana dipertemukan dengan anak NS..nah hamik kau boleh lah berbesan :) kalau jadi begitu, mungkin cucu aku dapat mewarisi mata biru atau kaler lain la...;p

Moral of the story: jangan suka kecewakan orang, jangan pilih seseorang sebagai teman hidup hanya kerana luaran, bangsa e.g. mata biru ke walaupun ada si mata biru yang nakkan anda, tetapi lihat faktor dalaman dan tanya hati sendiri, adakah orang itu yang anda mahukan untuk hidup bersama hingga akhir hayat.......DAN kalau terkinang-kinang bukan maksud terbayang-bayang..kadang-kadang kita teringat kerana ada insiden yang mengingatkan kita..sama seperti kes cerita aku ini.

akhir entry, i love what i have now...kepada en suami, you're everything to me, terima kasih kerana ayah suami yang baik (walaupun garang kadang-kadang :p ) dan harap jodoh kita selamanya amin.

UPDATED (2012): aku terjumpa balik email2 yang panjang di MS (laman sosial yang mengekalkan hubungan aku dgn NS selain email2 lain). Membacanya semula baru aku nampak memang NS sangat suka dengan aku, dan aku yang 'chicken-out' dengan tindakan NS itu. Sekarang, MS sudah tidak aktif, baik NS mahu aku aktif di FB namun kami sekadar 'silent viewers' yang sesekali menghantar komen atau menekan butang 'like' antara satu sama lain. Anak NS sangat tembam dan comel (masakan tidak lihat sahaja campuran baka mereka Amerika + Afrika...melihatkan anak NS aku terfikir sekiranya aku tak menolak NS, anak itu boleh jadi Amerika + Malaysia). Wow. I was really head over heels over NS. We were heads over heels over each other...but I screwed him. I ditched him. 

No comments: